PROGRAM PENSIJILAN APEL.A T-6 & T-7
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Usahasama antara UTP - USM
Pusat Penilaian APEL.A di bawah Universiti Sains Malaysia telah berkolaborasi dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi membuka peluang khas kepada calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (APEL.A T-7) dengan mengiktiraf pengalaman dan pembelajaran terdahulu.
Lawatan ini disertai oleh Timbalan Naib Canselor, Akademik UTP, Profesor Ir Dr Hilmi Mukhtar, Dekan Pusat Pendidikan Siswazah UTP, Prof. Madya Dr Balbir Singh Mahinder Singh, Pengerusi Bahagian Kejuruteraan Makenikal UTP, Prof. Madya Ir Dr Masdi Muhammad, Pengerusi Bahagian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Prof. Madya Ts Dr M Naufal M Saad, Pengurus Pusat Pendidikan Siswazah UTP, Encik Ho Guan Yih, Timbalan Pengarah PPKT USM, Puan Asnah, dan Pegawai Pegawai Teknologi Maklumat PPKT USM.
Jalinan kerjasama melalui Program kolaborasi ini akan membantu para calon dalam bidang profesional bagi mendapatkan pengiktirafan akademik dan melanjutkan pendidikan mereka, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ini juga adalah satu peluang bagi calon yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Petronas.
Permohonan Pensijilan APEL melalui Program APEL@USM – UTP
1. Layari portal MQA untuk mendaftar dan pilih Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Pusat Penilaian APEL (PPA).
2. Daftar akaun dan pilih bidang pengajian yang ingin dimohon di laman web MQA.
3. Pilih institusi pengajian yang akan dimohon iaitu Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
4. Calon akan menerima notifikasi pendaftaran melalui emel daripada Pusat Penilaian APEL USM.

Laman Web Rasmi UTP APEL.A
Layarai laman web Rasmi UTP berkenaan Program APEL.A khususnya bagi permohonan Kategori Tahap 7 (Ijazah Sarjana)
Pertanyaan Program APEL.A USM - UTP
Bagi calon yang berminat untuk mengikuti Program Pensijilan APEL.A T-7 dan ingin tahu dengan lebih lanjut, sila kemukakan pertanyaan anda dengan menekan butang di bawah
Survey Form - Program APEL.A USM - UTP
Calon yang ingin mengikuti Program APEL.A untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Teknologi PETRONAS boleh mengisi form yang disediakan. Kami akan menghubungi anda
Pertanyaan / Inquiries
Nota: Melalui Program APEL.A USM - UTP, calon akan menjalani proses penilaian daripada Pihak APEL USM sebelum meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi PETRONAS. Sekiranya calon mempunyai pertanyaan, sila hubungi pihak APEL USM