Sila daftar di pautan MQA APEL.A dan memilih USM sebagai pusat penilaian APEL. Setelah
mendapat e-mel pengesahan dari pihak MQA, sila buat pendaftaran di Pusat
APEL USM.
APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
Pusat Penilaian APEL Universiti Sains Malaysia atau PPA USM merupakan pusat penilaian APEL di bawah pentadbiran Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Penubuhan PPA USM amat bersesuaian memandangkan staf akademik di PPPJJ dan USM mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang bagi menyokong agenda pendidikan sepanjang hayat di Malaysia.
Sebagai "one stop centre" bagi permohonan dan penilaian APEL yang mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
PPA USM beroperasi secara dalam talian sepenuhnya (online). Calon boleh membuat permohonan, menduduki ujian dan menerima keputusan penilaian dalam talian sahaja.
Kami berkolaborasi dengan rakan strategik dalam melaksanakan proses penilaian APEL.A dengan memperluas akses pendidikan kepada individu yang memiliki pengalaman kerja dan menyokong pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning).